NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MOTAC adakan latihan untuk pengendali umrah

MOTAC akan mengadakan latihan kepada semua syarikat pengendali umrah berlesen mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan berkuat kuasa 14 Februari. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengadakan latihan kepada semua syarikat pengendali umrah berlesen mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu pelaksanaan ibadah itu.

MOTAC memaklumkan, latihan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 bertarikh 8 Februari 2022 bersetuju dengan pelaksanaan SOP baharu untuk aktiviti umrah berkuat kuasa 14 Februari ini.

"Susulan SOP baharu ini, MOTAC sedang mengatur sesi 'Training for Trainers (TOT)' dengan kerjasama KKM kepada semua pengendali umrah berlesen di bawah MOTAC," kata MOTAC dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, jemaah yang melaksanakan perjalanan umrah bagi tempoh 8 hingga 13 Februari ini, mereka masih boleh menggunapakai tatacara SOP sebelum ini.

Penggunaan SOP baharu akan mula diterima pakai sebaik sahaja jemaah kembali semula ke Malaysia termasuk menjalani kuarantin di rumah secara automatik kecuali mereka yang memilih dikuarantin di pusat kuarantin swasta.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada sidang media sebelum ini memaklumkan SOP baharu kepada semua jemaah umrah termasuk kewajipan mengambil dos penggalak dan kuarantin wajib akan berkuat kuasa 14 Februari ini.

SOP itu turut menggariskan peranan 'person incharge' atau individu daripada setiap ejen pelancongan yang digalas tanggungjawab ke atas perjalanan setiap jemaah.

Peranan itu katanya, meliputi keperluan mereka memantau kepatuhan jemaah umrah ketika berada di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan ketika berada di pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo