NOTIS:

Belum ada lagi....

Kekang penularan Covid-19, Sabah tetapkan majlis fizikal tak lebih 2 jam


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menyarankan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi ditunda bagi bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, susulan jumlah kes harian COVID-19 di negeri itu mengalami peningkatan secara mendadak sejak kebelakangan ini.

"Tren laporan kes harian jangkitan COVID-19 didapati meningkat sejak lima hari lalu melepasi angka 1,000 dan kes positif COVID-19 dijangka terus melonjak sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

"Justeru, adalah disarankan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan yang dijadualkan ditunda atau diadakan secara dalam talian bagi mengawal jangkitan COVID-19.

"Bagaimanapun, sekiranya penganjuran memerlukan kehadiran secara fizikal, pihak penganjur hendaklah mewajibkan individu yang hadir menjalani ujian saringan terlebih dahulu menggunakan kit ujian kendiri (saliva) atau daripada pengamal perubatan.

"Penganjuran majlis adalah dalam tempoh dua jam dan kapasiti maksimum satu pertiga ruang premis dengan pematuhan SOP ketat," katanya.

Semalam, Sabah mencatat 3,333 kes baharu COVID-19 dan ia adalah jumlah tertinggi pernah direkodkan sepanjang kira-kira dua tahun pandemik melanda negara.

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo