NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menyamar sebagai pegawai LHDN, Macau Scam perdaya 2 perniaga


KUANTAN: Seorang peniaga lelaki kerugian lebih RM45,400 selepas terpedaya dengan ugutan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 32 tahun menerima panggilan individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN yang mendakwa dia mempunyai tunggakan cukai syarikat sebanyak RM52,978.

Menurutnya, mangsa bertindak menafikan dakwaan berkenaan dan kemudian mangsa disambung dengan individu yang menyamar sebagai 'Sarjan Siva' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu.

"Mangsa mengisi maklumat akaun bank yang disediakan suspek dan semalam mangsa menyedari wang dalam akaun banknya hilang sebanyak RM45,400.60.

"Mangsa ke bank untuk membuat semakan dan terbukti berlaku pindahan wang ke akaun individu bernama Ridzuan Ramdan.

"Mangsa yang mengesyaki tertipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kes lain Mohd Wazir berkata, seorang perempuan peniaga goreng pisang di Temerloh kerugian RM1,500 selepas terdaya dengan individu yang menyamar pegawai operasi cukai LHDN Cyberjaya.

Katanya, mangsa berusia 43 tahun dikatakan mempunyai cukai syarikat tertunggak sebanyak RM36,600.90.

"Mangsa disambungkan ke IPK Kuantan dan bercakap dengan individu menyamar sebagai Sarjan Raymond yang mengarahkannya mengisi borang secara dalam talian.

"Mangsa menyedari wang dalam akaun bank hilang sebelum bertindak membuat laporan di IPD Temerloh, semalam," katanya.

Katanya, dua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo