NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kekecewaan Ronaldo tidak dapat disembunyikan lagi

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo kelihatan kecewa dan segera meninggalkan padang selepas pertemuan dengan Burnley di Turf Moor, Burnley. 

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi meluahkan rasa kecewa apabila gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan berturut-turut - kemarau gol terpanjang pemain itu dalam tempoh sedekad awal pagi tadi.

Bintang Manchester United itu segera meninggalkan padang selepas tamat perlawanan ketika pasukannya diikat 1-1 oleh Burnley.

Dia membaling lilitan putih di pergelangan tangannya ketika rakan sepasukan kekal di padang untuk memberi penghormatan buat penyokong mereka.

Pemain antarabangsa Portugal itu kini melalui lima perlawanan tanpa gol - kemarau jaringan yang bermula selepas kemenangan 3-1 United mengatasi skuad Clarets pada 30 Disember.

Dia diletakkan di bangku simpanan di Turf Moor sebelum dimasukkan berbaki 20 minit saingan.

Dan dia masih belum menemui gawang dan berang apabila wisel penamat ditiup yang memberikan satu lagi keputusan mengecewakan buat Red Devils.

Bos, Ralf Rangnick menemui masalah dalam pasukannya sebelum memasukkan Ronaldo ketika keputusan seri tampak tidak boleh dielakkan.

Dia memberitahu BT Sport: "Ia 1-0 pada babak pertama, kami tahu mereka akan bangkit pada babak kedua dengan cara lebih agresif. Satu perkara saya boleh kritik pasukan ialah kami tidak cukup agresif pada 20 minit babak kedua.

"Jika anda lihat keseluruhan permainan, kami mendominasi sebahagian besar aksi. Menang satu mata tidak cukup dan ia satu lagi keputusan mengecewakan." - AGENSI




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo