NOTIS:

Belum ada lagi....

Israel, Syria saling menuduh serangan peluru berpandu

0
Gambar Hiasan

BAITULMAQDIS: Televisyen Syria melaporkan serangan Israel di sekitar Damsyik awal pagi ini manakala tentera Israel mendakwa peluru berpandu antipesawat Syria dilepaskan ke arah negara itu sehingga mencetuskan siren dan meletup di udara.

Amaran di utara Israel dan bahagian Tebing Barat yang dikuasai rejim Zionis itu bertepatan dengan laporan stesen penyiaran kerajaan Syria bahawa pertahanan udara Syria menjatuhkan beberapa peluru berpandu Israel terhadap Damsyik.

Jurucakap tentera Israel bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan bahawa Israel melakukan serangan peluru berpandu.

"Pelancaran peluru berpandu anti-pesawat dari wilayah Syria ke arah Israel sudah dikenal pasti.

"Peluru berpandu itu meletup di udara dan tidak perlu memintasnya, ," kata tentera Israel di Twitter.

Israel melancarkan serangan kerap terhadap apa yang dikatakan sebagai sasaran Iran di Syria, di mana tentera yang disokong Tehran yang diketuai oleh Hizbullah Lubnan telah menyokong Presiden Bashar al-Assad sejak sedekad lalu dalam perang saudara Syria.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo