NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Man United bazirkan peluang berdepan Burnley

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba - REUTERS

BURNLEY, England: Manchester United tersingkir daripada kedudukan empat teratas Liga Perdana selepas diikat 1-1 oleh pasukan terbawah, Burnley hari ini.

United mendominasi saingan pada permulaan namun gol awal mereka dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid sebelum Paul Pogba, yang memulakan permainan kali pertama dalam liga sejak pertengahan Oktober, meledak gol pertama musim ini buat pelawat mendahului.

Skuad kendalian Ralf Rangnick sepatutnya menambah kelebihan mereka sebelum rehat namun penjaga gol Burnley, Nick Pope banyak menyelamatkan cubaan ketika tuan rumah gagal mencipta sebarang cubaan pada babak pertama.

United terpaksa membayar harga yang mahal atas kesilapan mereka apabila Burnley menyamakan kedudukan menerusi Jay Rodriguez dua minit selepas bermula babak kedua yang juga serangan pertama mereka dalam perlawanan itu.

Pemain Burnley, Jay Rodriguez menjaringkan gol penyamaan pasukannya ketika berdepan Manchester United di Turf Moor, Burnley. - REUTERS


Pelawat kehilangan semua rentak babak pertama mereka selepas itu dan tidak menemui jaringan kemenangan walaupun banyak memberi tekanan seterusnya jatuh ke tangga kelima dengan 39 mata daripada 23 perlawanan, satu di belakang West Ham United yang berkedudukan keempat.

Dengan Newcastle United menewaskan Everton, Burnley terus ketinggalan di belakang dalam usaha mengelak penyingkiran dan kini mengejar skuad Eddie Howe di kedudukan ke-17 dengan empat mata namun kurang dua perlawanan.

"Kami mengawal perlawanan," kata kapten United, Harry Maguire kepada BT Sport. "Kami perlu menang perlawanan dengan banyak peluang kami cipta. Kami perlu mendapatkan gol kedua. Kami mencicirkan dua mata.

"Kami mahu mendominasi perlawanan tetapi sudah pasti bila anda datang ke Burnley, anda tidak boleh mendominasi selama 90 minutes. Kami sepatutnya lebih baik."

Tanpa penyerang veteran yang juga penjaring utama, Cristiano Ronaldo, yang memulakan aksi dari bangku simpanan, tiga penyerang utama United nyata bukan tandingan Burnley pada babak pertama.

Pertahanan Perancis, Raphael Varane merasakan dia sudah menjaringkan gol pertamanya buat United selepas 12 minit namun gol menerusi tandukan itu dibatalkan kerana ofsaid terhadap Maguire selepas melihat rakaman VAR. - REUTERS



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo