NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kereta Batmobile elektrik dibangunkan


Bagi para peminat Batman, mungkin ada yang meminati kereta yang digunakan adiwira berkenaan, dikenali Batmobile. Menariknya, kini anda berpeluang untuk mendapatkannya apabila salah seorang siswazah dari Hanoi University of Architecture dan pasukan membangunkan kereta Batmobile.

Kereta Batmobile yang dibangunkan itu boleh beroperasi sepenuhnya, dan berfungsi di atas jalan-raya sebenar. Menariknya juga, ia merupakan sebuah kereta elektrik dengan kelajuan mencapai 104km/j.

Kereta ini turut hadir dengan empat kamera luaran untuk memudahkan kawalan ketika melalui jalan sempit dengan paparan 360-darjah, selain sokongan kawalan untuk membuka pintu. Kereta ini adalah seberat 600 kilogram.

Dalam menjayakan pembinaan ini, pelbagai peralatan digunakan, termasuk menggunakan kaedah percetakkan 3D.

Buat masa ini, kereta ini sedang dipertontonkan di galeri automotif VAN DARYL di Vietnam.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo