NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Price Catcher, Aplikasi semak dan banding harga barangan runcit


Bagi anda yang sering melakukan pembelian barangan runcit, ada kalanya ia sukar untuk melakukan perbandingan harga semasa dari pelbagai kedai pada sesuatu masa. Untuk mengatasi perkara ini, kerajaan menyediakan sebuah aplikasi khusus dinamakan Price Catcher.

Aplikasi ini disediakan oleh KPDNHEP (Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), dan melakukan perbandingan harga untuk lebih 400 barangan. Ia turut hadir dengan sokongan geolokasi untuk memaparkan harga barangan mengikut kedai-kedai berdekatan dengan anda.


Harga juga dilihat dikemaskini setiap minggu, dan ia memaparkan harga mengikut paling murah dan tinggi. Dengan langkah ini, pengguna boleh lakukan semakan dan tuju ke lokasi kedai berhampiran dengan mudah.

Namun, satu-satunya masalah yang kami hadapi ketika menggunakan aplikasi ini, ia kadang-kala mengambil masa agak lama untuk dimuatkan. Apa pun, ia sangat berguna dalam melakukan perbandingan harga barangan runcit dengan mudah, dan memilih kedai yang ingin dituju.

Bagi yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini di Android dan iPhone hari ini.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo