NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kad prabayar untuk penduduk setinggan

LAPORAN akhbar ini Sabtu lepas

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memperkenalkan sistem kad prabayar untuk pengguna di kawasan penempatan setinggan yang layak bagi membanteras aktiviti penyambungan haram.

Ketua Pegawai Transformasinya Ir. Norhizami Abu Hasan berkata, kerajaan negeri telah meluluskan cadangan SESB untuk menggunakan kaedah berkenaan untuk membekalkan elektrik ke kawasan setinggan yang akan dikenal pasti. 

Dengan kaedah itu, Norhizami berkata bekalan elektrik yang dibekalkan  ke penempatan setinggan lebih memudahkan kerana pengguna hanya perlu menambah nilai kad pra bayar itu mengikut keperluan penggunaan isi rumah setiap bulan.

Kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan SESB sedang dalam proses memuktamadkan prosedur dan tatacara pembekalan ke kawasan setinggan di seluruh Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Bersatu Sabah pada Sabtu yang menyatakan bahawa kerugian jutaan ringgit yang ditanggung SESB akibat kecurian bekalan elektrik adalah disebabkan oleh karenah birokrasi SESB sendiri. 

“SESB memahami keperluan bekalan elektrik amat penting kepada setiap premis namun untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku, penyambungan secara haram adalah ditegah dan kami perlu memastikan bekalan elektrik diperolehi secara sah mengikut prosedur sedia ada serta turut mematuhi aspek keselamatan oleh Suruhanjaya Tenaga,” tambahnya.

Sementara itu, Norhizami turut menegaskan SESB akan terus melaksanakan operasi membanteras aktiviti mencuri elektrik atau penyambungan haram dan beliau menyeru kerjasama yang jitu dan padu daripada semua pihak berkaitan.

Mengulas lanjut, katanya, tindakan tidak bertanggungjawab mencuri elektrik dan mengusik meter bukan sahaja akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada SESB malah boleh mengundang bahaya seperti litar pintas yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan elektrik.

Katanya, penyambungan haram bekalan elektrik juga mengganggu kestabilan bekalan elektrik apabila permintaan melebihi kapasiti sehingga menyebabkan gangguan bekalan terhadap pengguna.

Sumber | Harian Ekspress



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo