NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon termuda PRN Johor bukan dari MUDA

JOHOR BAHRU: Calon paling muda yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah daripada kalangan calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Kelly Chye Pei Yee, yang berusia 26 tahun adalah calon Barisan Nasional (BN), yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol.

Seorang lagi calon muda adalah calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bagi DUN Tangkak, Muhammad Airel Zabridin, juga berusia 26 tahun.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, calon tertua pula ialah calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Bukit Permai iaitu Tosrin Jarvanthi, yang juga bekas EXCO Johor, berusia 71 tahun.
Sumber | BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo