NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bomba redah ladang sawit, sungai sejauh 4km pindah lapan beranak

Keadaan banjir di sekitar Kuala Berang. - NSTP/Ghazali Kori

HULU TERENGGANU: Bomba terpaksa meredah laluan sawit dan sungai sejauh empat kilometer (km) menggunakan bot bagi memindahkan lapan beranak termasuk bayi dan warga emas yang terperangkap banjir selepas kediaman mereka di Kampung Lubok Pait terputus hubungan, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanafi Mohd, berkata pada mulanya pihaknya bercadang untuk membawa keluar semua mangsa menggunakan helikopter, namun terpaksa dibatalkan kerana masalah cuaca.

"Pada awalnya kita sudah mendapat respon daripada Akademi Bomba Penyelamat Wakaf Tapai untuk menggunakan helikopter tetapi terpaksa menukar kaedah lain dengan menggunakan bot selepas helikopter tidak dapat diterbangkan berikutan masalah cuaca.

"Kita juga terpaksa melalui jalan sawit dan sungai sejauh empat km dari Kampung Kuala Por, di sini untuk sampai ke Kubuk Pait," katanya kepada BH, hari ini.

Hanafi berkata, semua mangsa berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Durian Bador jam 1 tengah hari tadi.

Beliau berkata, operasi memindahkan mangsa di beberapa kampung bermula jam 4 pagi dan selesai dengan pemindahan terakhir membabitkan lapan beranak terbabit jam 1 tengah hari.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo