NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak bongsu Khairy terima dos pertama vaksin COVID-19


KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meluahkan rasa lega selepas anak bongsunya menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids), hari ini.

Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan anaknya, Raif selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

"Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di @wtcklofficial. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari COVID-19. Daftar anak anda untuk #PICKids #LindungDiriLindungSemua," katanya.

Khairy turut berkongsi dua foto anaknya ketika menerima suntikan vaksin dan di reruai foto Upin dan Ipin.

Berdasarkan data COVIDNOW, sebanyak 135,478 atau 3.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam melalui PICKids yang bermula 3 Februari.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini menyasarkan 70 peratus kanak-kanak yang layak akan mendapat dos pertama dalam tempoh dua bulan pertama ini dan lengkap dua dos dalam tempoh enam bulan menerusi pelaksanaan PICKids.– BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo