NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akhlak Rasulullah SAW

Ł”. Baginda selalu diam.

Ł¢. Berbicara ketika perlu.

Ł£. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

Ł¤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

Ł„. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Ų§Ł„Ł„Ł‡ swt).

Ł¦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

Ł§. Berfikir terus-menerus.

ŁØ. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

Ł©. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

Ł”Ł  . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

Ł”Ł” . Marah bukan kerana nafsu.

Ł”Ł¢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

Ł”Ł£ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

Ł”Ł¤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

Ł”Ł„ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

Ł”Ł¦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

Ł”Ł§ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

Ł”ŁØ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Ų§Ł„Ł„Ł‡ swt.

Ł”Ł© . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

Ł¢Ł  . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

Ł¢Ł” . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

Ł¢Ł¢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

Ł¢Ł£ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

Ł¢Ł¤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

Ł¢Ł„ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

Ł¢Ł¦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

Ł¢Ł§ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

Ł¢ŁØ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

Ł¢Ł© . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

Ł£Ł  . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

Ł£Ł” . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

Ł£Ł¢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

Ł£Ł£ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

Ł£Ł¤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

Ł£Ł„ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

Ł£Ł¦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

Ł£Ł§ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

Ł£ŁØ . Paling berlapang dada.

Ł£Ł© . Paling tepat dalam berbicara.

Ł¤Ł  . Paling halus keperibadiannya.

Ł¤Ł” . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Sholawat pada Nabi.

Ų§َŁ„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ ŲµَŁ„ِّ َŲ¹Ł„Ł‰ Ų³ŁŠŲÆŁ†Ų§ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆٍ Łˆَ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų¢ِŁ„ Ų³ŁŠŲÆŁ†Ų§ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆ

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo