NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

24 lokasi pasar Ramadan, bazar Aidilfitri disediakan MBK

Permohonan penganjuran pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan pentadbiran Majlis Badaraya Kuantan sudah dibuka bermula 18 Februari lalu. -

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan 24 lokasi pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan pentadbiran MBK, tahun ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata kebenaran 24 lokasi itu membabitkan 1,800 tapak niaga.

Katanya, permohonan penganjuran pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri sudah dibuka bermula 18 Februari lalu.

"Borang permohonan boleh dimuat turun melalui http://mbk.gov.my/portal/ dan tarikh tutup sebelum 12 tengah hari pada 28 Februari ini.

"Borang berkenaan hendaklah dihantar ke Bahagian Penjaja MBK," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, tahun ini, semua peniaga disyaratkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun, katanya pihaknya sedang menunggu pematuhan SOP mengenai pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memastikan keselamatan peniaga dan pengunjung.

"Pada masa sama, kebersihan bukan sahaja kepada penyediaan makanan dan minuman, malah turut membabitkan kebersihan gerai serta peralatan yang digunakan.

"Sehubungan itu, kita meminta peniaga termasuk pengunjung mematuhi syarat yang ditetapkan apabila berada di pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri untuk menyekat penularan wabak COVID-19," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo