NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zaman Anwar sudah berlalu - Mukhriz


Anwar Ibrahim sudah melepasi zamannya, kata Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, membayangkan petanda parti yang baru enam bulan ditubuhkan bersama bapanya Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan presiden PKR itu.

“Saya fikir zaman beliau sudah berlalu. Itulah apa yang saya rasa, dan ramai lagi orang cakap hal yang sama, bahkan dalam kalangan Pakatan Harapan sendiri,” kata Mukhriz merujuk gabungan yang dipimpin Anwar dalam temu bual di stesen radio BFM hari ini.

Mukhriz yang merupakan bekas menteri besar dan memimpin parti Pejuang yang didaftarkan Julai tahun lalu turut mengumumkan rancangannya untuk meletakkan calon di 120 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selain itu, beliau turut menjangkakan akan berlaku pertembungan antara partinya dan PH di kerusi yang akan ditandingi kedua-dua parti.

-MN

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo