NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Youtube pertimbangkan sokongan terhadap NFT


YouTube hari ini berkongsi surat khas yang ditujukan untuk penerbit kandungan, sekaligus turut berkongsi mengatakan sedang turut mempertimbangkan integrasi Web3 pada YouTube.

YouTube mengatakan mereka sering ingin memperluaskan ekosistem dalam membantu para penerbit kandungan, dan turut sedang melihat ke arena seperti NFT.

Apa pun, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah YouTube akan mengintegrasikannya, atau menyokongnya. YouTube mengatakan untuk tahun ini mereka akan memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk untuk pembelajaran, membeli-belah, permainan, muzik dan juga pada YouTube Shorts.

Selain YouTube, antara platform lain yang turut melihat ke arah sama adalah termasuk Reddit, Facebook dan juga Instagram.

Sumber | Amanz

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo