NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UAE haramkan penggunaan dron orang awam


Penggunaan dron komersial menjadi popular di kalangan pengguna kerana ia dijual pada harga yang agak mampu milik dan menawarkan penggambaran video yang dahulunya hanya boleh dilakukan menggunakan helikopter yang mahal. Tetapi sejak kebelakangan ini, dron komersial telah diubahsuai oleh golongan militan untuk kegunaan di medan perangdan kartel dadah untuk menyerang markas musuh. Sebagai langkah berjaga-jaga Kementerian dalam negeri Emeriah Arab Bersatu (UAE) telah mengharamkan penggunaan semua jenis dron oleh orang awam.

Tiada sebab diberikan oleh pihak pemerintah tetapi beberapa lokasi di UAE telah menjadi mangsa serangan dron milik pergerakan Houthi yang mengorbankan tiga nyawa setakat ini. Selain dron penerbangan pesawat ringan dan glider turut diharamkan. Bagi mereka yang memerlukan dron atas sebab pekerjaan, permit perlu dimohon terlebih dahulu sebelum operasi penerbangan dilakukan.

Penggunaan dron sebagai pengganda kuasa di medan perang sudahpun dibuktikan di Armenia dengan Turki pula melancarkan dron Kargu-2 yang boleh melakukan serangan berani mati secara berkumpulan.

Sumber | Amanz 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo