NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umrah: Mesyuarat khas kabinet bincang penangguhan esok



SEGAMAT - Laporan terperinci berhubung keputusan penangguhan umrah pada 8 Januari ini akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar pada mesyuarat khas kabinet pada Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan membentangkan isu Covid-19 terutama berkaitan penularan varian Omicron di dalam negara.

"Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan KKM lebih kepada untuk menjaga nyawa kita.

"Bagaimanapun pun esok saya mahu dapatkan laporan terperinci berhubung perkara itu terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Tandong, di sini pada Selasa.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo