NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laluan KL-Karak arah timur dibuka semula


KUANTAN: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad memaklumkan bahawa kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang Kilometer (KM) 77 hingga KM78 arah timur KLK siap dan sudah dibuka kepada pengguna sejak 3 pagi semalam.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata pengguna lebuh raya yang ingin ke pekan Karak tidak perlu membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak.

Katanya, pengguna lebuh raya boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.

"Bagaimanapun, pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan U di Plaza Tol Karak.

"Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari Km 66 hingga 70 sudah dibuka sepenuhnya.

"Namun, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua, di Km 74.8 hingga 77.3, untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan.

Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 09 5479111/1-700-818-700.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo