NOTIS:

Belum ada lagi....

Tesla fokus pembangunan robot untuk tahun 2022

0

Elon Musk kini berkongsi mengatakan pada tahun ini, Tesla akan memfokuskan pembangunan robot berbentuk manusia mereka, iaitu Tesla Bot. Ia dijangka akan menjadi produk yang diberikan keutamaan, berbanding dengan kereta seperti Cybertruck dan lain-lain.

Tesla sebelum ini telah memperlihatkan Tesla Bot pada tahun lepas, dan menyasarkan pengenalan prototaip untuknya pada tahun 2022 ini.


Pada masa yang sama, Elon Musk mengatakan Tesla Bot mungkin berpotensi lebih tinggi berbanding perniagaan kenderaan mereka pada suatu masa kelak.

Perkongsian ini hadir selepas Elon Musk mengesahkan tiada Cybertruck pada tahun ini. Tesla Bot ini sendiri akan mengambil masa bertahun lagi sebelum ia dikomersilkan secara meluas, ataupun berjaya. Namun, ia dijangka akan dapat merevolusikan ekonomi dunia dengan melakukan tugasan rencah dan berulang yang dilakukan manusia.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo