NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mazlan umum keluar Bersatu




JOHOR BAHRU - Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tebrau, Mazlan Bujang mengumumkan keluar parti dan meletak jawatan ketua bahagian berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan juga bekas Pengerusi Bersatu Johor, menyatakan tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyokong Barisan Nasional (BN).

"Saya juga menyokong Datuk Hasni Mohammad untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar.

"Ia bagi mewujudkan kestabilan politik demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kompleks Yayasan Warisan Johor di sini pada Khamis.

Turut menyertai sidang akhbar tersebut 23 ketua cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Tebrau.
............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo