NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Rompak” Bakal Menjadi Filem Malaysia Pertama Yang Menggunakan NFT


NFT merupakan salah satu terma yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ia merupakan salah satu bentuk geran yang memberikan hak cipta terhadap aset secara digital.

Ia agak popular dalam bentuk perkongsian gambar setakat ini. Tetapi, kini pelbagai pihak melihat kepada kepelbagaian penggunaan teknologi NFT ini.

Selari dengannya, kini Intraday mengumumkan akan menerbit filem pertama di Asia Tenggara yang turut mengintegrasikan penggunaan NFT, dinamakan Rompak. Beberapa pelakon popular tempatan telah disahkan akan menyertai filem ini, termasuk Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, dan beberapa yang lain lagi.


Dengan langkah ini, orang ramai boleh membeli NFT untuk filem berkenaan, dan seterusnya menikmati sejumlah kelebihan. Mengikut laman rasmi IntradayNFT, mereka menyatakan akan menawarkan 20% royalti kepada pemegang NFT, selain turut memberikan kandungan eksklusif belakang tabir, dan juga kebolehan untuk mengundi siapakah pelakon untuk filem seterusnya.

NFT untuk filem Rompak ini akan ditawarkan bermula 22 Februari 2022 pada pukul 2.22 petang, melalui OpenSea. Filem berkenaan dijangka diterbitkan melalui Astro First pada bulan Jun kelak.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo