NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Malaysia 18 Tahun Keatas Bakal Didaftar Sebagai Pengundi Secara Automatik Bermula 16 Januari


Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa sistem pendaftaran pengundi automatik telahpun siap dibangunkan, dan akan diaktifkan bermula 16 Januari ini.

Ia dianggarkan bahawa apabila sistem tersebut mula diaktifkan secara rasmi, Malaysia akan memperlihatkan sejumlah 5.8 juta pengundi baru berumur 18-21 tahun, dimana 1.2 juta daripada mereka baru berumur 18 tahun.

Jumlah penambahan pengundi baru ini dilihat akan meningkatkan jumlah pengundi di Malaysia dari 15.8 juta pengundi ke 21.1 juta pengundi sekaligus, iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus daripada pengundi sedia ada.

Bukan itu sahaja, pihak SPR juga mengatakan bahawa setiap bulan, pada 16 haribulan, mereka akan memuat-naik butiran rakyat Malaysia yang baru berumur 18 tahun sebagai pengundi. Jadi, jika hari jadi anda jatuh pada 17 Januari ini, nama anda akan dimuat-naik menjadi pengundi pada 16 Februari.

Apabila tiba masanya, anda juga boleh menyemak butiran mengundi anda di laman web MySPR Semak untuk melihat lokasi undian anda. Pihak SPR mengatakan bahawa untuk memastikan bahawa alamat kad pengenalan anda tepat untuk mengelakkan sebarang masalah apabila tiba waktu mengundi kelak.

Sumber: Malay Mail





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo