NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Liverpool gentar bertemu Arsenal


LONDON: Liga Bolasepak England (EFL) didesak untuk menyiasat mengapa pemain Liverpool yang diuji positif COVID-19 sebelum penangguhan aksi separuh akhir Piala Liga berdepan Arsenal kemudiannya didapati negatif.

Laman web sukan, The Athletic mendakwa beberapa kelab EFL mahukan penjelasan mengenai tarikh sebenar Liverpool mendapat makluman itu, adakah sebelum aksi berdepan Arsenal yang mana memungkinkan perlawanan terbabit dapat diteruskan seperti biasa.

Pasukan turut menuntut EFL supaya menjalankan siasatan selepas beberapa permohonan untuk penangguhan perlawanan pada musim ini akibat COVID-19 ditolak.

EFL bersetuju menangguhkan perlawanan itu, Khamis lalu selepas Liverpool berdepan peningkatan kes COVID-19 dalam pasukan yang menyaksikan Jurgen Klopp, Pep Lijnders dan beberapa pemain dikuarantin susulan didapati positif.

Trent Alexander-Arnold menjadi pemain Liverpool yang benar-benar positif COVID-19.

Namun, Klopp pada Ahad lalu mendedahkan peningkatan kes yang membawa kepada penangguhan perlawanan berdepan Arsenal adalah disebabkan 'banyak positif palsu'.

Hanya Trent Alexander-Arnold yang benar-benar diuji positif namun mereka yang positif palsu masih tidak dapat diturunkan pada aksi Piala FA berdepan Shrewsbury.

Klopp menurunkan empat pemain muda dalam kesebelasan utama yang menyaksikan mereka meraih kemenangan 4-1.

"Ini adalah pasukan yang kami boleh turunkan dan pemain beraksi dengan baik," kata Klopp.

"Kami berdepan kes yang banyak tetapi rupanya banyak positif palsu namun mereka tetap tidak dibenarkan beraksi.

"Hanya Alexander-Arnold yang betul-betul positif manakala yang lain adalah positif palsu," tambanya. -AGENSI


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo