NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Twitter Tidak Akan Memaparkan Ciapan Dari Akaun-Akaun Yang Disekat Pada Tab Explore Dan Lain-Lain

Fungsi Block dan Mute diperkenalkan oleh Twitter untuk sekian lamanya, tetapi kadang-kala ia dapat dilihat bahawa ia tidak berfungsi dengan baik kerana kadang-kala kita masih boleh membaca ciapan daripada akaun-akaun yang disekat ini.

Terkini, Twitter dilihat telah mengemaskini fungsi tersebut, untuk juga memastikan bahawa akaun-akaun tersebut tidak akan diperlihatkan di garis masa anda melalui tab Explore, Events dan sebagainya.


Untuk fungsi Explore, akaun-akaun dan juga kata-kata yang anda telah sekat tidak akan diperlihatkan pada fungsi tersebut, dan ini memastikan garis masa yang kekal bersih. Untuk Events, Twitter tidak lagi akan memperlihatkan acara-acara yang dimulakan atau dipromosikan oleh akaun-akaun yang disekat dan disenyapkan.

Ciri ini dilihat telah diperkenalkan untuk Twitter Web, dan juga aplikasi iOS dan Android sekarang.


--AMANZ





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo