NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkara Penting Tentang PayLater oleh Grab


Pelbagai teknologi baharu telah lebih dipopularkan sejak selepas wabak pandemik ini. Sedar atau tidak, aplikasi dan perkhidmatan seperti telesidang, rantaian blok, NFT, tenaga lestari adalah lebih popular dan salah satu perkara berkait teknologi adalah perkhidmatan ‘Bayar Kemudian’ atau dalam istilahnya BNPL – Buy Now Pay Later. 


Terdapat pelbagai perkhidmatan ‘Bayar Kemudian’ yang kini telah mula popular dan Grab juga hadir dengan tawaran yang dinamakan PayLater. Menerusinya, pengguna boleh memilih untuk menangguh kesemua pembayaran untuk dibayar pada akhir bulan, atau memilih untuk membayar secara ansuran. 

Kenapa Bayar Kemudian Dengan PayLater? 

Banyak sebab-musabab bagi anda untuk menangguh pembayaran. Antaranya adalah ia salah satu cara untuk menyusun semula aliran kewangan anda. Ia juga membolehkan anda membeli dengan lebih yakin, dan berdisiplin untuk membayarnya pada akhir bulan sesudah gaji masuk. 

Lebih baik lagi, PayLater memberikan kemudahan pinjaman skala kecil, sama sepertimana kad kredit berfungsi. Kad kredit membolehkan pengguna melakukan pelbagai transaksi dan membayarnya kemudian hari, atau melakukan bayaran ansuran. Akan tetapi kad kredit biasanya mempunyai syarat kelayakan kewangan, yang tidak semua mampu ada.


PayLater Solusi Untuk Pengguna Yang Tiada Sistem Kredit Lain 

Kita semua mungkin sekarang sekurang-kurangnya mempunyai kad bank dengan keupayaan kad debit, tetapi tidak semua orang ada kad kredit. Apabila kad debit anda telah dihubungkan kepada GrabPay, ia membolehkan pengguna mengaktifkan perkhidmatan PayLater. 

Menggunakan PayLater, anda boleh membayar sesuatu perkara menerusi dua cara: Bayar pada akhir bulan, atau memilih terus terma ansuran untuk sesuatu barangan. Sekiranya amaun tersebut kecil, seperti pembelian makanan atau menaiki Grab, anda boleh memilih untuk membayarnya di bulan hadapan. Anda boleh menyimpan wang tunai dan menyimpannya untuk kegunaan lain, sekaligus membantu anda berjimat sambil meningkatkan aliran tunai anda.


Jika pembelian berjumlah besar, anda boleh memilihnya untuk melakukan empat bayaran ansuran dalam tempoh  empat bulan selepasnya, dengan pembayaran pertama perlu dilakukan sewaktu pembelian. 

Adakah Sebarang Faedah Dikenakan Apabila Lambat Membayar Semula?

Kebanyakan instrumen penangguhan bayaran akan mengenakan kadar faedah apabila pengguna lambat melakukan bayaran balik. Malah, nilai tersebut akan bertambah berkali ganda dengan setiap kelewatan yang berlaku. Ini sekaligus membebankan pengguna yang sudah pasti perlu mengatur pembayaran kerana terbeban. 


Dengan PayLater, sekiranya berlaku kelewatan pembayaran, akaun pengguna akan dinyahaktifkan bagi mencegah apa-apa pembelian berlebihan dilakukan.  Bagi mengaktifkan semula akaun PayLater, pengguna perlu membayar caj pengurusan RM 10 dan tiada sebarang faedah atau caj tersembunyi dikenakan. Dengan ini pengguna boleh fokus untuk melakukan bayaran semula, dan kembali menggunakan akaun secara penuh apabila kesemua bayaran tertunggak telah dibayar semula. 

Jelas sekali terdapat pelbagai faedah jika anda seorang yang berdisiplin dalam kewangan, dan ini membolehkan anda memiliki barangan atau melancong menggunakan PayLater. Selain dari perkhidmatan asas Grab seperti penghantaran makanan atau pengangkutan, fungsi PayLater ini juga boleh digunakan pada jenama-jenama terkemuka, seperti Agoda, FireFly, Zalora, malahan barangan seperti gajet dari DirectD, Storming Gravity, dan bermacam lagi. 

Aktifkan pembayaran secara PayLater dengan melalui proses pengesahan, dan pilih sahaja PayLater sewaktu melakukan pembayaran perkhidmatan dan pembelian barangan. Berbelanjalah dengan bijak. Muat-turun aplikasi Grab sekarang.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo