NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

YouTube Bakal Bawakan Ciri Muat Turun Video Secara Automatik


Siapa sahaja yang tidak pernah tonton video din YouTube? Pasti majoriti sudah, kalau tidak sukarlah untuk PinkFong! menerima 10 bilion tontonan. Tetapi pengalaman menonton akan menjadi hambar kalau sambungan Internet adalah perlahan membuatkan video tidak berkualiti dan kerap memuat.


YouTube kini ingin cuba menyelesaikan masalah ini dengan membawa ciri daripada YouTube Music terus ke aplikasi YouTube sendiri. Ciri ini adalah Smart Downloads, yang mana YouTube akan memuat turun video untuk tontonan luar talian. Video ini semua adalah video yang YouTube anggap sesuai dengan pengguna kerana dicadangkan berdasarkan corak penggunaan masing-masing.

Video yang dimuat turun secara automatik ini hanya akan ada 20 secara maksima agar ruangan storan peranti pengguna tidak terjejas. Ciri ini juga dilihat diuji pada peranti Android sahaja dan tida ditawarkan kepada pengguna iOS. Pengguna juga memerlukan langganan YouTube Premium untuk cuba ciri ini.

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo