NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penjarakan saf solat bukan tindakan 'saja-saja'


BAGAN SERAI: Keputusan penjarakan saf solat bukan 'saja-saja' dibuat kerajaan, sebaliknya diputuskan oleh pihak berkuasa negeri selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata kerajaan sememangnya berhasrat untuk merapatkan kembali saf solat berjemaah di negara ini, namun akur dan menghormati keputusan bidang kuasa negeri.

"Memang kita nak rapatkan saf tapi keputusan yang dibuat ketika ini dibuat berdasarkan pandangan orang agama, ulama, KKM dan sebagainya.

"Kemudiannya, kita kena rujuk kepada bidang kuasa agama negeri dan jika rapat saf dibenarkan KKM sekali pun, ia bergantung kepada keputusan kerajaan negeri dan kena hormatlah.

"Di Arab Saudi pun, mereka terpaksa jarak semula saf solat, jadi pasti ada sebab tertentu. Insya-Allah, kita akan bincang semula perkara itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media selepas merasmikan pecah tanah Bangunan Tiga Tingkat SRITI BESTARI, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria dan Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat.

Dalam perkembangan lain, Idris menegaskan akan membuat satu pertemuan rasmi dengan pengendali dan bakal jemaah umrah susulan tindakan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah ke Arab Saudi selama sebulan berkuat kuasa semalam.

Katanya, biarpun pelaksanaan ibadah umrah itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), pihaknya mengalu-alukan pertemuan itu bagi membincangkan mengenai masalah yang berbangkit ketika ini.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo