NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengganti Cheng Hoe bakal diumum hujung bulan

Cheng Hoe meletak jawatan susulan kegagalan skuad kendaliannya di Piala AFF, bulan lalu.

KUALA LUMPUR: Debaran penyokong bola sepak tempatan yang sentiasa menanti-nantikan pengganti Tan Cheng Hoe dijangka berakhir hujung bulan ini.

Ini selepas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengumumkan pelantikan jurulatih baharu skuad Harimau Malaya dijangka ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan skuad kebangsaan.

Yusoff menjelaskan badan induk itu ketika ini sedang dalam proses untuk mencari jurulatih terbaik namun pemilihannya bakal bergantung kepada hasil bedah siasat yang dijalankan badan siasatan bebas pasukan kebangsaan.

"Kita akan ada mesyuarat pada bulan ini, jadi saya ingat kita akan tentukan bila patutnya kita umumkan jurulatih. Antara yang akan dibincangkan jawatankuasa itu nanti adalah membincangkan pelantikan jurulatih baharu.

"Laporan daripada bedah siasat yang dijalankan juga akan kita gunakan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan skuad kebangsaan. Jadi kita tunggu jawatankuasa bersidang dahulu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Undian Liga M3, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pengganti Cheng Hoe, Yusoff mendedahkan ramai jurulatih yang berminat untuk mengemudi skuad kebangsaan dan situasi itu menyebabkan badan induk itu perlu meneliti isu itu sebaik mungkin.

"Mungkin presiden sedang dalam proses mencari jurulatih terbaik. Memang ada jurulatih yang menawarkan perkhidmatan mereka tetapi kita perlu mengenal pasti jurulatih yang sesuai.

"Kita melihat semua kemungkinan (jurulatih tempatan atau asing). Semua cadangan yang dilontarkan sebelum ini akan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan skuad kebangsaan sebelum dipanjangkan ke dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

"Kita akan mencari pilihan terbaik supaya perancangan jangka pendek dan panjang dapat terlaksana dengan lebih tersusun. Tetapi memang ada beberapa jurulatih yang berada dalam radar kita," katanya.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo