NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apple Tangguh Pengenalan Set Kepala AR Ke Hujung Tahun 2022, Atau Pada 2023


Apple kini dilaporkan menghadapi cabaran dalam penghasilan set kepala AR mereka, dimana ia dikatakan menghadapi masalah dari segi kepanasan, sistem kamera dan juga cabaran dari segi perisian.

Disebabkan oleh hal-hal ini, kini Bloomberg mengatakan Apple mungkin menangguhkan pengenalan set kepala AR mereka. Pada awalnya, ia dijangka untuk diperkenalkan pada acara WWDC 2022, Jun tahun ini. Dengan penangguhan ini, berkemungkinan kita akan melihatnya pada 2023 kelak.


Mengikut laporan awal, set kepala AR akan menggunakan cip Apple M1 Pro, sekaligus ia menjadikan agak sukar untuk mengawal suhunya ketika digunakan pada kepala – terutamanya untuk tempoh lama seperti bermain permainan video. Apple ingin mengatasi masalah ini terlebih dahulu sebelum diperkenalkan kepada umum.

Disebabkan ini, Apple mungkin akan menangguhkan pengenalan set kepala mereka ke penghujung tahun 2022, atau mungkin ke tahun 2023 kelak.

Bloomberg turut melaporkan Apple akan memfokuskan acara WWDC pada 2023 terhadap topik realiti gabungan, dan pembangunan aplikasi untuknya. Set kepala AR daripada Apple ini juga dijangka akan menawarkan kedai aplikasi khusus.

Set kepala AR daripada Apple ini akan membuka kepada kategori produk baharu – dimana ia dijangka berevolusi sehingga menjadi kaca mata pintar AR, yang mungkin akan mempunyai pasaran dan janaan wang sebesar iPhone pada hari ini.

Pengenalan Apple terhadap produk baharu ini juga berkemungkinan mengikut kaedah pengenalan Apple Watch pada 2014 lepas. Jam tangan pintar berkenaan diumumkan oleh Apple pada September 2014, dan dijual hanya pada April 2015. Set kepala AR juga mungkin melalui fasa sama, dimana diperlihatkan terlebih dahulu, dan seterusnya dijual pada tahun seterusnya – sekaligus membolehkan para pembangun bersedia dengan penawaran aplikasi masing-masing.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo