NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Pixel Notepad” Mungkin Menjadi Nama Telefon Lipat Google


Kita sedia dengar berkenaan pembangunan telefon boleh-lipat oleh Google, malah baru-baru ini, beberapa aset hadir melalui pembangunan Android 12L, memperlihatkan rekaan seumpama telefon boleh-lipat Oppo.

Lanjutan daripadanya, kini sumber awal mengatakan telefon dengan skrin boleh-lipat daripada Google ini akan dikenali dengan nama “Pixel Notepad”. Hal ini mungkin disebabkan oleh rekaan telefon boleh-lipat yang digunakan seumpama sebuah buku nota.

Selain itu, Pixel Notepad juga dijangka berharga lebih rendah berbanding harga jualan Galaxy Z Fold3 pada hari ini. Di Malaysia, Galaxy Z Fold3 dijual pada harga RM6699.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkannya. Berkemungkinan besar juga, telefon berkenaan tidak akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo