NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larangan pakai songkok, kopiah ditarik balik hari sama, kata pengurus hotel TH

KELANA JAYA : Larangan ke atas pekerja Tabung Haji Hotel Kelana Jaya (THKJ) daripada memakai songkok atau kopiah ketika bertugas ditarik balik pada hari sama ia dikeluarkan, jelas pengurusnya Mohamad Nazrul Nazib Nasihin.

Beliau memberitahu, ia ditarik balik selepas pihaknya mendapati terdapat kekeliruan berkenaan larangan itu.

“Sebenarnya, sejam setengah selepas itu, pada hari sama, saya sudah tarik balik surat secara dalaman.

“Surat (penarikan balik) itu kami letakkan dalam kumpulan kami, platform dalaman. Jadi dalam platform yang sama juga kami beritahu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menerusi hantaran di Facebook semalam berkata, tidak menjadi masalah untuk pekerja THKJ memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.

Menurut Idris, beliau sudah mendapatkan maklum balas daripada CEO Lembaga Tabung Haji (TH) Amrin Awaluddin berhubung surat bertarikh 14 Jan yang menyatakan pekerja THKJ dilarang memakai songkok dan kopiah ketika bertugas.

Katanya, beliau juga meminta CEO TH segera menyelesaikan isu berkenaan.

Nazrul ketika menjelaskan lebih lanjut berkata, beliau tidak pasti mengapa hanya surat larangan disebarkan.

“Itu saya tak boleh komen. Sekarang isu ini di bawah kuasa Bahagian Komunikasi Korporat TH,” katanya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo