NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi kebakaran babit maahad tahfiz sama di Yan


YAN: Tidak sampai 24 jam kebakaran bangunan dua tingkat Maahad Tahfiz Assyatirie di Dulang Besar, di sini, hari ini sebuah bilik stor asrama yang menyimpan tilam di bangunan induk tidak jauh dari situ pula terbakar.
Kebakaran bilik stor tingkat tiga pada jam 4.45 petang itu disedari pelajar perempuan di asrama bangunan sebelah yang ternampak kepulan asap sebelum menjerit meminta bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba, Fauzi Shuaib berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 4.58 petang sepasukan anggota dikejar ke lokasi kebakaran.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran di bilik asrama berkenaan berjaya dipadam oleh petugas maahad tahfiz berkenaan dengan menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering.
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Fauzi, asrama itu menempatkan 200 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan yang kesemuanya berusia antara 10 hingga 26 tahun.
Katanya, dalam kejadian kebakaran pada Sabtu, bangunan asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Dulang Besar musnah dijilat api.
Sumber | Astro Awani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo