NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Angka harian kembali menurun bawah 4,000


KUALA LUMPUR: Angka harian jangkitan COVID-19 kembali menurun hingga bawah 4,000 dengan sebanyak 3,856 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata

ia menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 2,832,945 kes.

Beliau berkata, sebanyak 492 kes import direkodkan terdiri 378 warganegara dan 114 rakyat asing.

"Sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan, manakala 143 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 53 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

"Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan 13 kluster baharu, sekali gus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif ketika ini ialah 235.

"Daripada 3,856 kes dilaporkan hari ini, sebanyak 3,821 atau 99.1 peratus adalah pesakit kategori satu dan dua.

"Hanya 35 kes atau 0.9 peratus pesakit kategori tiga, empat dan lima," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber | BH Online 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo