NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama PETRONAS-Shell Bakal Bangunkan Teknologi Menangkap Dan Storan Karbon Dioksida


Bahan api fosil menghasilkan gas yang menyumbang kepada kesan rumah hijau. Kita dapat lihat bagaimana perubahan iklim menyebabkan kemusnahan luar biasa di Filipina akibat taufan dan Malaysia pula dilanda banjir luar biasa tempelak dari taufan yang sama. Menjadi trend untuk syarikat petroleum sekarang untuk mencari alternatif kuasa yang lebih lestari serta mengurangkan impak mereka kepada alam sekitar.

PETRONAS hari ini telah menandatangani perjanjian dengan Sarawak Shell Berhad untuk melakukan kajian untuk melihat peluang dan kerjasama dalam membangunkan teknologi menangkap dan storan karbon dioksida (CCS).

Berdasarkan kajian bersama ini, kedua-dua syarikat ingin menawarkan perkhidmatan CCS di beberapa lokasi di pesisir Sarawak dengan peluang untuk turut menawarkannya kepada syarikat serantau. Ini adalah antara usaha untuk menjadikan Malaysia hab CCS Asia Tenggara bagi membantu pelbagai syarikat melakukan proses penyahkarbonan mereka. Petronas sendiri mempunyai aspirasi untuk menjadi syarikat pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Teknologi CCS sedia ada menyimpan karbon dioksida yang ditangkap dari atmosfera dalam bentuk cecair. Ia kemudiannya disimpan dalam telaga minyak yang tidak lagi digunakan selama-lamanya untuk mengurangkan peratusan karbon dioksida di udara.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo