NOTIS:

Belum ada lagi....

Kedudukan Abu Zahar bakal ditentukan Agong

0
Tan Sri Abu Zahar Ujang


PUTRAJAYA - Tan Sri Abu Zahar Ujang menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Abu Zahar berkata, ia sekiranya kenyataan media yang dibuat beliau pada Rabu lalu telah menimbulkan salah pemahaman sehingga ke tahap menjatuhkan nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara keseluruhannya.

Katanya, kenyataan tersebut tidak dilaporkan dengan tepat dan menyeluruh oleh media.

"Saya serahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukan saya sebagaiPengerusi LPPR yang mana merupakan satu amanah yang telah saya laksanakan setakat ini.

"Saya akur dengan keputusan itu," katanya ketika sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa.

Abu Zahar pada Rabu lalu mengadakan sidang akhbar berkaitan isu yang terpalit dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurut Abu Zahar, beliau perlu mengeluarkan kenyataan terbaharu itu untuk meletakkan beberapa perkara berhubung sidang akhbar yang diadakan pada 5 Januari lalu dalam perspektif yang betul dan tepat, sepertimana ia telah dihasratkan kerana laporan yang dibuat memberikan gambaran yang tidak tepat kepada masyarakat awam.

"Semasa sidang akhbar itu kenyataan media penuh sebanyak 13 halaman muka surat yang mengandungi keseluruhan kenyataan saya telah diedarkan. Malangnya saya dapati ia tidak dilaporkan secara menyeluruh oleh sesetengah media sehingga menimbulkan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

"Terdapat pelbagai isu selain isu berkaitan 'alegasi salah laku' terhadap Tan Sri Azam yang telah diberi pandangan dan pendapat Lembaga Penasihat Pencegahan

Rasuah (LPPR), tetapi itupun tidak disentuh dan dilaporkan media. Video berkaitan sidang akhbar yang tular cuma memaparkan sebahagian kecil kenyataan saya," ujarnya.

Bagaimanapun, Abu Zahar menegaskan, beliau selaku pengerusi LPPR sememangnya sedar dan tahu bahawa lembaga tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM.

Beliau menjelaskan,LPPRcuma mempunyai kuasa untuk memberi pandangan dan cadangan tentang cara siasatan wajar dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu selari dengan peruntukan Seksyen 13(5)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

"Pandangan dan cadangan LPPR itu boleh didapati dengan nyata secara khususnya di muka surat 6 (ii) dan (iii) dalam kenyataan media itu yang mana tidak diniatkan mahupun dihasratkan untuk menghalang satu siasatan menyeluruh oleh mana-mana agensi kerajaan yang berkuasa dan bebas untuk melakukan siasatan rasmi berkaitan 'alegasi salah laku' terhadap Tan Sri Azam.

"Seperti yang telah dinyatakan dalam kenyataan media bertulis 5 Januari itu, siasatan berkaitan 'alegasi salah laku' terhadap Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki itu, masih terbuka untuk diteruskan oleh mana-mana agensi yang mempunyai kuasa di atas pendapat dan seliaan daripada Pejabat Peguam Negara.

"Saya mahupun mana-mana rakan anggota saya yang lain dalam LPPR, saya percaya, tidak langsung berhasrat untuk menghalang siasatan lanjut itu jika ada, malah adalah digalakkan atas konsep kedaulatan undang- undang, supaya nama baik dan integriti SPRM akan sentiasa berada di tahap tertinggi menurut lunas undang-undang," tegasnya.

--Sinar Harian


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo