NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara

JAKARTA: Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur dinamakan Nusantara, kata Menteri Perancangan Pembangunan Negara, Suharso Monoarfa ketika mesyuarat bersama jawatankuasa kerja untuk rang undang-undang ibu kota baharu di Parlimen hari ini.

Katanya, Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, mengesahkan nama baharu itu Jumaat lalu.

Ibu negara baharu itu antara projek pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan Jokowi sebagai pemangkin untuk meneroka potensi ekonomi keseluruhan, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.

“Saya percaya semua orang akan bersetuju dengan nama Nusantara,” kata Suharso.

Beliau berkata, Nusantara ialah istilah Jawa lama bermaksud “pulau luar”, yang ikonik di peringkat antarabangsa dan dikenali secara meluas oleh masyarakat global sebagai Republik Indonesia.

Indonesia memperuntukkan USD35.8 juta (RM149.77 juta) dalam bajet 2022 untuk pembinaan ibu negara baharu itu.

Keseluruhan projek itu menelan kos USD35 bilion (RM146 bilion).

Pembinaan fizikal sebenar mungkin dimulakan tahun ini, sambil menunggu rang undang-undang ibu negara kota itu diluluskan Parlimen.

Pada 9 Sept lalu, Jokowi menandatangani Peraturan Presiden No 85 Tahun 2021 tentang Rancangan Kerja Kerajaan untuk 2022, yang merangkumi lapan langkah strategik mempercepatkan transformasi Kalimantan, termasuk pembinaan ibu negara baharu yang dilengkapi infrastruktur sokongan.

Ia juga termasuk mempercepatkan pelaburan, mengoptimumkan pembangunan komoditi dan meningkatkan kepastian undang-undang mengenai pemilikan tanah dengan mengeluarkan sijil hak tanah.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo