NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

I-Citra : UMNO sedang bermain tarik tali

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan Shahril Hamdan tidak bersetuju dengan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mangsa banjir, tidak mewakili parti itu.

Ini kerana katanya, ketetapan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 27 Ogos lalu ialah kerajaan perlu menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat seperti pengeluaran i-Citra KWSP sebanyak RM10,000.

“Shahril bercakap atas kapasiti Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri dan tidak mewakili pendirian Umno,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas perbexaan pangannya dengan Shahril, yang juga Ketua Penerangan Umno, mengenai desakan pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 untuk mangsa banjir.

Sabtu lalu, Shahril dalam catatan di Facebooknya berkata, beliau tidak bersetuju dengan satu lagi pengeluaran simpanan KWSP untuk mangsa banjir kerana kerajaan telah memberi bantuan langsung kepada isi rumah terkesan sehingga RM61,000.

“Di samping itu, bantuan yang diumumkan mampu meliputi semua mangsa banjir – termasuk mereka yang bukan pencarum KWSP atau yang telah mengeluarkan caruman melalui tiga skim sebelum ini (i-Lestari, i-Sinar, i-Citra) sehingga sebanyak RM19,500 seorang,” katanya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo