NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menerima rawatan namun setakat ini belum ada maklumat terkini mengenai keadaannya.

Pada masa ini terdapat lebih 20 petugas media berada di IJN untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Ahli Parlimen Langkawi itu.

Beberapa petugas media berkumpul di IJN untuk mengikuti perkembangan rawatan Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini. - NSTP/Foto Saiful Haizan Hasam

Mereka mula berkumpul jam 12 tengah hari.

Difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar pada 13 Januari.

Terdahulu pada 16 Disember 2021, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo