NOTIS:

Belum ada lagi....

Dr Mahathir terima rawatan di Unit Rawatan Koronari IJN

Pengamal media berkumpul menunggu perkembangan terkini keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR: Pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

"Ya beliau dirawat di CCU," kata seorang jurucakap.

Sementara itu, sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz dengan nombor pendaftaran Pahang meninggalkan pekarangan IJN dengan iringan polis jam 4.15 petang tadi.

Terdahulu, sebuah kenderaan dengan jata Istana Negara dilihat berada di IJN, bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kemasukan Dr Mahathir ke IJN.

Sebuah kereta Mercedes-Benz dengan iringan anggota polis meninggalkan pekarangan IJN. - Foto NSTP

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo