NOTIS:

Belum ada lagi....

Covid-19: Sebuah sekolah di KL diarahkan ditutup

0
KUALA LUMPUR - Sebuah sekolah di ibu kota diarahkan tutup selama tujuh hari berikutan pengesanan kes Covid-19 dalam kalangan pelajar.

Menurut laporan Astro Awani pada Rabu, perkara itu dimaklumkan oleh pengetua sekolah berkenaan menerusi satu pemakluman kepada ibu bapa pelajar.

Laporan itu menyebut, penutupan sekolah itu berkuat kuasa bermula Isnin lalu hingga 23 Januari ini melibatkan semua pelajar kecuali pelajar semester tiga Tingkatan Enam

"Berikutan situasi semasa Covid-19 yang melanda warga sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lembah Pantai telah mengarahkan penutupan kelas bermula 17 Januari 2022 hingga 23 Januari 2022 setelah berlakunya kejadian pelajar sah dijangkiti Covid-19.

“Semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam (semester satu) akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 17 Januari 2022 hingga 21 Januari 2022,” menurut laporan Astro Awani.

Laporan itu menyebut, sekolah akan kembali beroperasi pada 24 Januari ini sekiranya tiada arahan susulan dari PKD Lembah Pantai atau Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu.

Sementara iitu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika dihubungi memaklumkan sekolah tersebut bukan terletak di bawah Parlimennya.

"Ini bukan dalam Parlimen Lembah Pantai sebab PKD Lembah Pantai jaga tiga Parlimen iaitu Lembah Pantai, Seputeh dan Bukit Bintang," katanya.

Sumber  : SH 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo