NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid-19 : Pengimbas suhu dikeluarkan daripada SOP


PETALING JAYA : Penggunaan pengimbas suhu selepas ini tidak akan diwajibkan.
Sebaliknya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang ingin masuk ke mana-mana premis perlu merekodkan butiran diri menerusi aplikasi MySejahtera.

Katanya, perkara itu akan dipinda terlebih dahulu dalam sesi Mesyuarat Kuartet Covid-19 sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengimbas suhu tidak akan digunakan dan ia akan membabitkan pengumuman SOP seluruh negara.

“Oleh itu, pengimbas suhu tidak akan diwajibkan di premis. Cukup sekadar MySejahtera,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini. 

Sumber |  UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo