NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China Berjaya Capai Kadar Pemindahan 206.25 Gbps Melalui Ujian 6G


Dengan pengenalan rangkaian 5G, pelbagai pengkaji dan syarikat telah mulakan kajian berkaitan rangkaian generasi seterusnya, iaitu 6G. Ia dijangka akan diperkenalkan kepada umum seawal 2029/2030 kelak.

Terbaru, melalui kajian yang dilakukan di China, para pengkaji berjaya mencapai kadar kelajuan pemindahan data sehingga 206.25 gigabit per saat (Gbps) – sekaligus memperlihatkan pencapaian kelajuan lebih 100 kali ganda berbanding rangkaian 5G.

Kadar pemindahan ini dicatatkan melalui penggunaan spektrum gelombang terahertz – yang mana dijangka menjadi tulang belakang rangkaian 6G kelak.

Ujian dilakukan dalam persekitaran makmal. Untuk makluman, buat masa ini, spesifikasi dan piawaian akhir 6G masih belum ditetapkan – dan dijangka akan dilakukan dalam beberapa tahun lagi.

Mengikut sasaran Huawei, mereka menyasarkan pengenalan rangkaian 6G dengan meluas menjelang 2030 kelak.

Pada hari ini, pelbagai negara dalam proses pengenalan rangkaian 5G, termasuk di Malaysia sendiri. Ujian telah dimulakan oleh pihak Yes melalui penggunaan infrastruktur DNB, sementara syarikat telekomunikasi lain masih senyap berkaitan dengannya.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo