Telefon baharu BlackBerry hadir dengan 5G tahun ini


Awal tahun 2022 dimulakan dengan sokongan untuk BlackBerry OS dan BlackBerry 10 ditamatkan – membawa kepada beberapa perkhidmatan tidak lagi disokong, dan mungkin berhenti beroperasi tidak lama lagi.

Apa pun, peranti BlackBerry berasaskan Android tidak terjejas dengan perubahan ini.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan BlackBerry, mungkin menantikan peranti baharu yang dijanjikan oleh OnwardMobility pada 2021 lepas. Setelah sekian lama diam, kini mereka mengeluarkan komen rasmi.

Menurut OnwardMobility, tahun 2021 merupakan antara tahun yaang mencabar, dan tidak sesuai untuk mereka melaancarkan telefon baharu. Apa pun, mereka tidak “mati” lagi seperti diperkatakan ramai, dan akan hadir dengan telefon 5G mereka bersama papan kekunci pada tahun ini.

Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan telefon Blackberry baharu pada tahun ini.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo