NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir: Kemaman daerah baharu dilanda bencana, 1 PPS sudah dibuka



DUNGUN: Kemaman menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Terengganu apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) mula dibuka pada Jumaat.

PPS di Surau Kampung Ban Ho di Kemaman diaktifkan bagi menempatkan 48 mangsa daripada tujuh keluarga.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, setakat ini jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 433 mangsa daripada 122 keluarga dari daerah Kemaman dan Dungun.

Dungun terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 390 orang.

Di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor masih menempatkan seramai 225 mangsa daripada 60 keluarga.

Selain itu, seramai 55 keluarga membabitkan 165 mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Gelombang ketiga banjir yang melanda Terengganu pada khamis menyaksikan tiga daerah itu telah terjejas.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo