NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Axelsen suarakan sokongan terhadap keputusan yang dirasakan baik bagi Zii Jia


KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 dan pemain badminton nombor satu dunia Viktor Axelsen hari ini menyuarakan sokongan terhadap pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia susulan keputusannya meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Axelsen berkata sekiranya keputusan itu baik bagi Zii Jia, itulah yang seharusnya dilakukan oleh juara All England 2021 itu.
"Pada pandangan saya, sekiranya seorang pemain merasakan yang terbaik baginya ialah mengikuti laluan yang dirasakan membolehkan beliau bergerak lebih bebas sebagai pemain, maka itulah yang seharusnya dilakukannya. Lagipun ia mengenai kariernya, hidupnya," kata pemain Denmark itu menerusi instagramnya.
Semalam Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia membuat keputusan meninggalkan badan induk itu dan telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Jan lepas.-Astro Awani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo