NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adun Sedili buat laporan balas, anggap tuduhan satu konspirasi

Adun Sedili Rasman Ithnain memfailkan laporan balas terhadap wanita yang menuduhnya membuat gangguan seksual, kata Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mama.

Kamarul memberitahu sidang akhbar bahawa beberapa individu telah dipanggil polis untuk membantu siasatan.

"Siasatan masih diteruskan, dan kami telah memanggil beberapa individu untuk direkodkan kenyataan mereka.

"Adun Sedili telah memfailkan laporan balas terhadap pengadu.

“Ia akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga hari untuk melengkapkan siasatan dan kami akan memberikan maklumat terkini mengenai hasil siasatan,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Kamarul berkata polis telah merekodkan keterangan daripada Rasman dua hari lalu.

Seorang wanita, yang juga ahli jawatankuasa sayap Srikandi Bersatu Kota Tinggi, telah mengadu diganggu secara seksual oleh Rasman.

Dia memfailkan laporan polis terhadap Rasman Isnin lepas.

Rasman menafikan dakwaan yang dilemparkan ke atasnya dalam laporan polis, menyifatkannya sebagai konspirasi politik untuk mencemarkan nama baiknya.

Berita berkaitan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo