NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Boleh guna jantung babi jika tiada pilihan - Dr Maza

Jantung babi tetap najis dalam Islam, namun ia boleh digunakan dalam perubatan jika dalam situasi darurat yang tiada pilihan, kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Jelasnya, Islam membenarkan penggunaanya jika dalam situasi darurat untuk menyelamatkan nyawa ataupun mengelak mudarat lain.

"Sekarang ini kita tak ada pilihan, yang ni saja, kalau nak hidup kena pakai jantung khinzir, boleh ke tak?

"Al-Quran kata siapa yang dalam keadaan terpaksa tanpa dia memang nak cari, tanpa dia melampui batas, tak ada dosa ke atasnya.

"Dia mesti tak ada pilihan (darurat)... hak tu dulu, Kalau ada hak lain (pilihan) tak boleh," katanya dalam satu ceramah yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Pandangan Asri itu senada dengan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor di dalam satu temubual minggu lalu.

Wan Salim bagaimanapun berkata, alternatif seperti daripada haiwan yang halal harus diusahakan terlebih dahulu.

Pada 11 Jan lalu, seorang lelaki Amerika Syarikat yang tenat menghidap penyakit jantung telah mendapat pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik dalam pembedahan pertama seumpama itu di dunia.
Tiga hari kemudian pesakit itu dalam keadaan baik, lapor doktornya pada hari Isnin lalu.

Pembedahan itu, yang dilakukan oleh pasukan perubatan University of Maryland Medicine, antara yang pertama menunjukkan kebolehlaksanaan pemindahan jantung babi kepada manusia, bidang yang dimungkinkan oleh alat baru penyuntingan genetik

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo