NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO KLSCAH campurtangan urusan PBT Kemaman gesa batal arahan tutup pasar raya waktu solat Jumaat

Sebuah NGO menggesa Majlis Perbandaran Kemaman menarik semula arahan yang meminta pasar raya di bawah bidang kuasanya ditutup selama dua jam pada waktu solat Jumaat.
Dalam notis yang disiarkan pada Ahad, majlis perbandaran itu mengarahkan semua pasar raya di Kemaman, Terengganu menghentikan operasi dari 12:30 tengah hari hingga 2:30 petang pada setiap hari Jumaat.

Ia juga mengarahkan semua "premis makanan Muslim" ditutup selama sejam pada hari Jumaat, antara 1:00 petang dan 2:00 petang.

Peraturan ini akan berkuat kuasa Jumaat ini (21 Jan).

"Adalah diingatkan bahawa kegagalan untuk mematuhi peraturan ini adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan," kata notis itu.

Peraturan ini merupakan kemas kini terbaru daripada notis awal yang mengarahkan "semua premis perniagaan" menghentikan operasi dari 1:00 petang hingga 2:00 petang setiap hari Jumaat.

Sebagai tindak balas kepada peraturan baharu ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berkata peraturan itu boleh dianggap melanggar hak pemilik perniagaan dan pengguna.

KLSCAH juga menyifatkan peraturan itu gagal mencerminkan sifat berbilang budaya dan agama di Malaysia.

“Kami keliru dengan dasar menutup pasar raya pada pukul 12:30 tengah hari, percaya tindakan ini mengabaikan hak dan kepentingan peruncit pasar raya bukan Islam dan menjejaskan perdagangan pasaran bebas [...]

“Memaksa dasar yang berkaitan bukan sahaja akan mengehadkan waktu operasi perniagaan bukan Islam di pusat beli-belah tetapi juga menghakis kebebasan penggunaan orang bukan Islam, menjejaskan kerja harian dan waktu rehat mereka,” kata NGO itu.

NGO itu juga menyatakan kebimbangan peraturan berkenaan diperluaskan ke bahagian lain di Terengganu.

KLSCAH justeru menggesa Majlis Perbandaran Kemaman membatalkan perintah itu.

“KLSCAH menggesa majlis untuk segera menarik balik dasar ini [...]

“Selain memastikan perniagaan restoran bukan Islam tidak terjejas, ia juga harus membenarkan perniagaan bukan Islam di pasar raya beroperasi seperti biasa pada waktu solat Muslim untuk melayani pelanggan bukan Islam,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo