NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vivo Y32, Peranti Pertama Dengan Snapdragon 680



Vivo Y32 dilancarkan minggu ini sebagai telefon pintar pertama menggunakan cip Snapdragon 680. Peranti dilengkapi skrin 6.51″ IPS LCD, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan semula 18W.

Kamera utama sebesar 13+2 MP manakala kamera swafoto 8MP. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bicu audio 3.5mm. Sistem operasi Android 11 digunakan bersama dengan pelancar OriginOS 1.0. Kerana cip Snapdragon 680 digunakan, Y32 hanya menyokong rangkaian 4G sahaja pada waktu ini. Di China ia dijual pada harga RMB 1,399 (~RM 925) dalam pilihan warna putih dan hitam. - AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo